Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Tuesday 17 September 2013

UMNO: Retorik Melayu, Kaum Kerabat dan . . . .

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 50 TAHUN


Salam perjuangan

Tulisan kawan ini mungkin akan menyakitkan hati segelintir penyokong kuat UMNO dan mungkin juga Barisan Nasional; tapi ingat tulisan ini demi kebaikan dan demi untuk memastikan parti terus relevan dan mendapat tempat di hati anak muda zaman pembangkang cukup bijak mengaplikasikan idealisme menjadi dogma pegangan hidup anak muda.

Ahad lepas Y.A.B Perdana Menteri (PM) melancarkan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputra di institusi yang melahirkan intelek Melayu; Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam (Bandar Melayu yang menjadi lubuk penyokong tegar pembangkang).Berdegar-degar dewan Agung UiTM dengan agenda memperkasa ekonomi Melayu disampaikan oleh PM. Buah fikir yang lontarkan ada relevan dan jika benar dan bersungguh-sungguh In Shaa Allah impian menjadikan Melayu sebagai pemain aktif dalam ekonomi negara boleh direalisasikan. Namun jika program tersebut dilaksanakan hanya kerana Pemilihan Agung UMNO hampir tiba, maka amat rugilah bangsa Melayu kerana akan di"game" buat sekian kalinya.

Kawan bukan tidak nampak permainan semua politikus dalam UMNO ini; ketika hendak menjelang pemilihan baru kita lihat masing-masing bercakap mengenai ketuanan dan peri pentingnya agenda untuk menjadikan Melayu itu sebagai pelopor utama dalam semua bidang. Lebih kelakar lagi ada politikus yang dulu bercakap mahu menjadikan Maktab Rendah Sains Mara dibuka kepada bukan Bumiputera dan kemasukkan berasaskan merit juga kini heboh bercakap tentang survival melayu di bumi sendiri. Jika tuan-tuan pembaca budiman mahukan bukti yang jelas dan nyata; maka lihatlah nanti ketika perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO pastinya politikus oportunis ini sibuk melaungkan idea politik melayu mereka.

Kerabat - Kekerabatan

Perkara yang tidak boleh di ubah yang ada pada orang Melayu baik dalam UMNO ataupun melayu pembangkang ialah, tendency untuk mengagungkan atau mengangkat secara berlebihan anak, cucu, atau cicit pemimpin UMNO yang pernah berkhidmat dahulu. Melayu dalam UMNO akan mempromosi secara besar-besaran kerabat-kerabat pemimpin UMNO ini sehingga menjadikan UMNO itu sebuah parti warisan dari pemimpin kepada anak beranak atau kaum kerabat mereka sahaja. Kita ada Allayarham Hussien Onn, Najib Razak, Hishamuddin Hussien, Muhkris Mahathir, Nur Jazlan Mohamad Rahmat dan ramai lagi di peringkat bahagian dan terbaru Onn Hafiz cicit Dato Onn juga menawarkan diri untuk jawatan exco dalam pemuda UMNO Malaysia. 

Kawan tidaklah cakap senario kerabat-kerabat ini salah dan menyalahi undang-undang jika dibuat dengan telus dan jujur; tapi kawan cuma tertanya-tanya, adakah anak muda yang sebaya atau dalam lingkungan usia 20- an macam kawan ini suka dan tertarik dengan parti yang dilihat warisan sebegini? tapi kawan yakin dengan kedudukan bapa-bapa mereka dalam masyarakat, mereka inilah yang bakal diangkat sebagai pemimpin masa hadapan dalam UMNO. Dan kawan juga yakin serta pasti jika bukan kerana Khairy Jamaluddin itu menantu Tun Abdullah Badawi maka pastinya laluan dia untuk ke puncak kepimpinan Pemuda berliku dan sukar. 

Segala apa yang kawan coretkan di atas adalah gambaran UMNO dalam kaca mata anak muda seperti kawan yang memikirkan jika keadaan ini berterusan maka semakin tawar hati anak-anak muda untuk menyertai parti pusaka ini. Jadi jangan berasa hairan jika semakin besar tahap kebencian terhadap politik dalam kalangan anak muda. 

Bagi perwakilan UMNO seluruh negara, pilihlah pemimpin terbaik yang bertakwa dan beriman serta dapat membantu meningkatkan ekonomi, sosial dengan idea yang segar bukan pemimpin populis, oportunis dan sekular. Ingatlah jika anda termakan dengan wang ringgit dunia; di akhirat sana jawablah dengan Pencipta atas perbuatan mengejar wang dunia dan mengenepikan akhirat..

0 comments:

Post a Comment