Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Friday 22 March 2013

Kita Akan Pertahankan JOHOR sebagai Kubu Barisan Nasional Selama-lamanya!!!


Akhir-akhir ini sering timbul pelbagai desas-desus PRU 13 bahawa negeri kubu kuat sepanjang zaman Barisan Nasional (Johor) akan jatuh dan dikuasai oleh Pakatan Haram pembangkang. Pemuka-pemuka Pakatan dengan gah dan berlagak menyatakan bahawa mereka sudah dapat hidu dan kesan bahawa negeri ini bakal mereka kuasai dan menguburkan UMNO Barisan Nasional di bumi kelahirannya ini. Pelbagai "Roadshow" dan rapat umum yang dirancang dan diadakan hampir setiap minggu di seluruh negeri ini. Paling ghairah ialah PAS yang kononya mahu calonnya (Salahuddin Ayub) menjadi Menteri Besar yang baru.


Angan-angan "karut-marut" ini ditambah perisa dan rencahnya dengan pengumuman terbaru Anwar Ibrahim yang meletakkan Lim Kit Siang sebagai calon di kerusi parlimen Gelang Patah. Pengumuman ini sebenarnya hanyalah tindakan damage control Anwar Ibrahim setelah berlaku perebutan kerusi itu antara DAP dan PKR  yang menampakkan lagi kepada rakyat betapa Pakatan ini hanyalah Pakatan Politik haram yang tiada langsung agenda membangunkan negara dan negeri. Yang ada hanyalah agenda mendapatkan kuasa dan berkuasa atas kuasa yang ada. Itu saja.

Kawan yakin bahawa orang-orang di Gelang Patah dan Parlimen serta DUN lain di Johor tidak akan membenar dan merelakan kawasan mereka ini menjadi "brand negatif" kepada rakyat Malaysia yang lain seperti yang telah terjadi kepada beberapa kawasan Palimen contohnya di Ipoh Timur, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan lain-lain yang selalu diwakili oleh Ahli Parlimen yang bermasalah baik dari segi moral ataupun nilai yang ada dalam diri mereka.

Kawan juga seratus peratus yakin bahawa golongan muda dan intelek di Johor tidak akan membenarkan tanah mereka di injak-injak oleh oportunis bangsat sebegini! member kawan orang Tiram Duku cakap "Langkah Mayat aku dulu DAP klu nk kuasai Gelang Patah"!.


Hayati analisis di bawah yang kawan petik dari Utusan Malaysia: 

KUALA LUMPUR 21 Mac - Hasrat pakatan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan tercapai dan hanya tinggal angan-angan jika mereka hanya meletakkan harapan untuk memenangi Parlimen Gelang Patah.

Malahan harapan itu dianggap satu cubaan “bunuh diri" pembangkang di negeri yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) termasuk di Gelang Patah.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, walaupun pembangkang meletakkan ahli politik veteran dan popular seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan itu, ia bukan jaminan bahawa mereka mampu menawan seluruh Johor.
"Saya rasa menawan Parlimen Gelang Patah tidak akan membuktikan bahawa pembangkang telah menawan Johor. Ini merupakan strategi pakatan pembangkang untuk menarik perhatian pengundi Cina di kawasan itu sahaja dengan meletakkan calon-calon popular,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini Penasihat DAP itu diumumkan sebagai calon pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang di dalamnya turut menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor, Nusajaya dan kawasan pembangunan selatan, Iskandar Johor.

Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu calon BN, Tan Ah Eng mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan menewaskan Dr. Zaliha Mustafa dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) majoriti 8,851 walaupun berlaku “tsunami politik" manakala 2004 menang dengan kelebihan 31,666 undi.

Sebelum ini kerusi tersebut menjadi punca sengketa DAP-PKR apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng berhasrat untuk bertanding di Parlimen berkenaan tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP Johor yang juga ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.


Gelang Patah kini mempunyai hampir 100,000 pengundi dengan 54 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Cina, 35 peratus Melayu dan selebihnya India dan kaum-kaum lain. Parlimen itu mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Nusajaya dan Skudai.
Dr. Mohamed Mustafa menambah, walaupun pembangkang meletakkan calon popular khususnya dalam kalangan kaum Cina, tetapi beliau yakin BN mempunyai strategi dan formula yang baik untuk berhadapan dengan calon tersebut pada PRU-13 nanti.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan turut yakin, Gelang Patah tidak akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang memandangkan parti itu tidak mempunyai rekod kejayaan dan pengalaman di kawasan itu.
"Kita tidak nampak walau satu jasa pun pembangkang di Parlimen Gelang Patah. Mana mungkin parlimen itu sewenang-wenangnya dapat ditawan oleh mereka?" tegasnya.

Menurutnya, beliau percaya jentera pilihan raya BN di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi Gelang Patah dan kerusi-kerusi lain di Johor.
Sebaliknya kata beliau, pembangkang sudah semestinya akan menggunakan isu-isu dan sentimen berkaitan perkauman untuk meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan kerana itulah senjata yang sering digunakan mereka setiap kali pilihan raya diadakan.
"Mereka lupa, situasi pilihan raya umum 2008 amat berbeza berbanding tahun ini kerana pengundi kini semakin bijak menilai. Sentimen perkauman semata-mata tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi sebaliknya yang menjadi hal penting adalah isu-isu keseluruhan termasuk pembangunan,’’ katanya. 

- UTUSAN ONLINE


Demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Tanah Melayu ini 
KITA SOKONG NAJIB RAZAK 

3 comments:

  1. Walau apa pun cabaran nya BN tetap menjadi pujaan hati ku dan DS Najib Tun Abd Razak PM yg terbaeeek.

    ReplyDelete
  2. They can continue dreaming.

    ReplyDelete
  3. Kita akan pertahankan Johor dengan memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada seluruh warga Johor untuk menentang petualang-petualang ini ! KITA SOKONG NAJIB RAZAK kerana Agama, Bangsa dan Negara tercinta!!

    ReplyDelete