Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Tuesday 26 March 2013

Khairy Calon MB Nogori ????

Kawan sokong siapa saja pilihan pucuk pimpinan parti UMNO untuk dijadikan calon bagi kerusi atau mana-mana jawatan. Kawan tidak akan sabotaj parti demi memastikan survival parti dan lestari selama-lamanya!!
Hidup UMNO!!

Kawan share cerita dibawah nie yang kawan petik dari KERIS PUTERA. Kawan amat sokong 200 % jika UMNO mengambil pendekatan memperkenalkan muka-muka dan golongan muda seperti ini untuk jawatan sebesar Menteri Besar untuk meyakinkan semua bahawa UMNO sememangnya Parti anak muda!



Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, disebut-sebut bakal menggantikan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum ke 13 ini. Nama Khairy disebut setelah Mohammad Hasan dijangka di bawa ke Parlimen oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentukan kabinet baru beliau selepas pilihan raya umum akan datang.

Mohammad Hasan dan Khairy datang dari kawasan Parlimen yang sama iaitu Rembau, di mana Mohammad Hasan merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau. Cakap-cakap penukaran kerusi antara Khairy dan Mohammad Hasan kian kencang sekarang ini. Walaupun ramai penganalisis politik meramalkan Mohammad Hasan bakal ke Parlimen namun nama Khairy bukanlah calon popular untuk menjadi Menteri Besar.

Selain usia yang muda, Khairy bukanlah nama besar dalam politik Negeri Sembilan. Namun kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu batu loncatan yang kukuh sekiranya Mohd Najib ingin memberi nafas baru kepada politik Negeri Sembilan.

Malahan ada pemerhati politik yang menganggap terdapat “deal” antara Mohd Najib dan Pak Lah semasa peralihan kuasa lalu untuk menjadikan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atau Menteri Pusat dalam penggal akan datang. Namun perkara ini tidak pernah disahkan oleh sesiapa pun dalam “circle” Mohd Najib mahu pun Pak Lah.

Halangan terbesar untuk meletakkan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tentulah datang dari “warlords” politik negeri sembilan yang sebahagiannya merasa ditindas atau teraniaya ketika Pak Lah berkuasa lalu.

Malahan Mohd Najib juga perlu mengambil kira pandangan tokoh-tokoh veteran UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad jika benar beliau mahu melantik Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Selain Khairy, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor merupakan calon popular untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru. Sungguhpun Shaziman dianggap kem Khairy suatu ketika dahulu, namun beliau kini berjaya mengelak kontroversi yang boleh menjejaskan reputasinya. Shaziman berjaya mengelak radar politik popular tetapi berupaya melaksanakan beberapa agenda Mohd Najib dalam isu Tol.

Esok (Selasa 26 Mac, 2013) merupakan hari akhir DUN Negeri Sembilan. Sama ada ia terbubar secara otomatik atau dibubarkan, Mohd Najib tidak mempunyai banyak masa untuk menentukan siapa bakal Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.




Demi Agama,Bangsa dan Negara
KITA SOKONG NAJIB RAZAK

1 comments:

  1. KJ and shaziman dua dua tak sesuai. dahlah mmenysahkan org melayu

    ReplyDelete