p/s: kahkhakhakahakhakahkah touching plak mamat ni :D
Artikel dari Malaysiakini
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam Kelab Pulau Pinang kerana membatalkan majlis pelancaran buku bekas wartawan Kee Thuan Chye, sambil berkata 'tiada maaf bagi mu'.

for No Bullshit, Get Some More’ di kelab tersebut pada 28 Februari, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Kee berkata kelab itu memberitahunya bahawa ia tidak mahu dianggap mempunyai kecenderungan politik.
Kelab itu, melalui surat dari lembaga pengarahnya kepada pihak akhbar, menjelaskan bahawa pembatalan tidak ada sebarang kaitan dengan cadangan kehadiran Lim, yang merupakan ahli kehormat kelab itu yang menurutnya pernah berucap atas jemputannya di kuliah sulung siri syarahan Tun Dr Lim Chong Eu.

Bagaimanapun, Lim berkata ini merupakan kali pertama seorang ketua menteri tidak dialu-alukan di negerinya sendiri.
"Saya tidak faham mengapa mereka memberi saya keahlian kehormat. Mereka memberikannya kepada saya kerana saya ketua menteri, bukan kerana saya Lim Guan Eng - namun begitu, saya tidak dibenar untuk melancarkan buku Kee itu," katanya.
Lim juga mempersoalkan alasa yang dinyatakan oleh kelab
tersebut, iaitu ia mungkin menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Para hadirin yang kebanyakan mereka terdiri daripada bekas rakan sekelas Kee dari Penang Free School, membalas dengan melaungkan "Bullshit!"
"Terima kasih," jawab Lim, diiringi tepukan gemuruh
Demi Agama, Bangsa dan Negara
KITA SOKONG NAJIB RAZAK
0 comments:
Post a Comment