Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Friday 15 March 2013

Petua apabila terserempak pengganas Sulu

Jika pengganas Sulu memiliki tangkal kebal celah kelangkang, jangan risau,kerana anda juga mempunyai beberapa petua yang boleh diamalkan sekiranya terserempak dengan mereka. Jadikan amalan membaca "ayat-ayat" di bawah ini selalu, insya Allah selamat: 

1) Tanya mereka mengapa pra pemimpin agung Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Guan Eng sehingga hari ini enggan turun ke Lahad Datu dan melawat rakyat yang dikatakan menjadi mangsa konsprasi Umno? Apakah yang mereka sangat takutkan hendak ke sana sedangkan semua rakyat Malaysia tahu bagaimana hebatnya golongan ini mengambil kesempatan di atas setiap kejadian yang menimpa rakyat Malaysia. Kenapa kali ini hanya menyalak dari jauh? Hanya "seekor" sahaja anjing mereka yang berani jejakkan kaki ke Sabah, itu pun setakat di KK dan hanya berpolitik di sebuah Balai Polis. Bukankah para pemimpin pakatan ini semua Berani dan pemimpin BN terutamanya DS PM itu bacul?!! 

2) Para penyokong Pakatan pula tidak henti-henti menyalahkan Umno dan BN dalam isu Lahad Datu ini. Jika mereka begitu hebat menjaga kedaulatan ]negara, mengapa para syuhada Bersih dan demo-demo jalanan yang berani mati bertempur dengan pihak keselamatan selama ini tidak di hantar ke sana? Bukankah setiap kali membuat huru-hara di atas jalanraya, para pejuang mereka boleh mencecah sehingga satu juta orang? Bayangkan bagaimana pantasnya penceroboh Sulu yang hanya seramai 200 orang itu akan ditumpaskan oleh tentera PR? Dan setelah bersusah payah membuktikan penceroboh Sulu itu ahli Umno/ada kaitan dengan Umno, bukankah ini masa yang paling sesuai untuk ke depan dan menyelamatkan rakyat Sabah daripada permainan politik keji Umno?!! Nak takut apa?!! Bukankah ini peluangnya untuk mati syahid?!!

3) PR sampai hari ini bermati-matian membuktikan kes Lahad Datu ini salah Umno. Apa kata untuk keadilan semua, tuntutlah satu RCI bagi membuktikan penglibatan Umno dan BN dalam isu ini seperti mana mereka percaya dalam kes TBH dan altantuya. Sampai hari ini mereka belum tubuhkan NGO seperti himpunan Hijau, Samm dan Bersih bagi isu Lahad Datu ini. Samalah juga apabila video seks pemimpin mereka tersebar, secara tiba-tiba RCI menjadi tidak relevan dengan mereka.

4) Mengapakah DAP kali ini lebih banyak TUTUP MULUT?!! Bukankah ini masanya untuk membuktikan bahawa parti tersebut cukup layak untuk menjadi pemerintah dan menjaga kedaulatan negara dengan mengerahkan lebih ramai orang Cina menyertai pasukan keselamatan dan sukarela ke sana? Kalau betul mereka sayangkan Malaysia, buktikanlah dengan mempertahankan kedaulatannya dengan darah mereka sendiri. Jangan hanya pandai menyalak dari jauh dan rasa tanggungjawab menjaga kedaulatan negara sudah selesai hanya dengan membayar cukai.

5) Sampai hari ini Anwar masih lagi tidak menyaman Reuters dan agensi berita Filipina serta Biro Siasatan Negara tersebut yang jelas mengaitkan beliau pencerobohan kali ini. Sedangkan seekor anjing belaannya (yang suka menggigit polis Melayu) telah pun bersusah payah menyaman mana-mana blog yang mendedahkan penghinaannya terhadap pihak keselamatan yang sedang bersabung nyawa. Kenapa jadi Double Standard begini?!!


Disedut dari: http://mymassa.blogspot.com/2013/03/petua-apabila-terserempak-pengganas-sulu.html

0 comments:

Post a Comment