Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Thursday 21 March 2013

Pengganas Kiram Pengamal Ilmu Hitam???


Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya

Lagi cerita klik kamuntingcentral

p/s: Memang tak layak jadi Sultan yang sepatutnya jadi pemimpin dan Ketua Agama bagi sesebuah negeri!!!

0 comments:

Post a Comment