Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Friday 26 July 2013

Ikhwan Muslimin dan PAS = Jauh Panggang dari Api!!

Kawan ada terbaca artikel seorang blogger pro-Kerajaan yang kawan segani, menyatakan gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) dan PAS adalah sama dan sedang mengalami penolakkan secara besar-besaran dari rakyat di negara masing-masing. Kawan tidak setuju dan membantah idea "menyamatarafkan" parti Ikhwan dengan PAS yang sememangnya tidak layak untuk disamakan malah ibarat langit dan bumi! Jika diamati sejarah penubuhan dan siapa yang menubuhkan parti Ikhwan itu sendiri telah menunjukkan betapa tidak layaknya PAS disamatarafkan dengan Ikhwan.
Ikhwan yang ditubuhkan oleh As-syahid Hassan Al Banna merupakan gerakan Islam secara massa yang mengambil kira kepentingan Islam secara menyeluruh bukan hanya tertakluk kepada kepentingan sekumpulan individu seperti PAS!!! Ikhwan mengambil peduli tentang Palestin dan mungkin satu-satunya parti di dunia ini yang memasukkan agenda Palestin sebagai tonggak perjuangannya. Ada PAS ambil berat pasal ini? Ikhwan juga memilih untuk menamakan gerakan mereka sebagai IKHWAN bkn Parti ISLAM Mesir sbb mereka tidak mahu menyalah gunakan nama agama sebagai modal politik sempit. Ini sgt berbeza dengan PAS yang terang-terangan menggunakan nama ISLAM dalam parti semata-mata mahu nampak lebih Islam dari Muslim lain!! Sejarah Penubuhan PAS adalah akibat ketidakpuashatian golongan tertentu yang akhirnya menubuhkan PAS berbeza dengan Ikhwan yang ditubuhkan akibat kesedaran mengenai pentingnya gerakan Islam secara global.
Mungkin rasional penulis blog yang kawan segani tu ingin menyampaikan kesan buruk akibat penggulingan kerajaan sesebuah negara secara jalanan. tapi kawan memang tak boleh terima dan membantah apabila blogger menyamatarafkan Ikhwan dengan PAS yang hamPAS itu.. Kepada pejuang pro-Kerajaan yang lain, fahami situasi di Mesir era Husni (gaji pensyarah RM 300-500 + ditaktor) sebelum mengeluarkan kenyataan yang mungkin akan membuat beberapa ribu undi buat Barisan Nasional dari saluran 3 dan 4 hilang!!

Hidup UMNO !

0 comments:

Post a Comment