Beberapa minggu sudah, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pokok Sena; Mahfuz Omar ada membangkitkan isu mengenai usaha yang dilakukan oleh Biro Tatanegara (BTN) dalam menanamkan perasaan takut dan sentimen membenci kaum lain terutamanya kaum Cina di parlimen. Menurut mereka, BTN menjalanakan aktiviti "Brainwash" peserta kursus dengan mengembar-gemburkan jika DAP menang maka negara ini akan di perintah oleh kaum Cina. Benar atau tidak dakwaan itu sememamngnya tidak dapat dibuktikan oleh sesiapa. Kerana jika ada bukti pastinya puak pembangkang ini sudah kemukakan tapi setakat hari ini mereka masih terus ingin membentuk persepsi semata-mata.
.
Aku malas nak mengulas tahap kesedaran politik Hanipa Maidin dan Mahfuz Omar ini, tapi jika mereka dan PAS serta melayu dalam pembangkang masih tidak sedar bahawa kuasa politik kaum Cina yang di dokong oleh kekuatan modal (duit) tidak memustahilkan apa sahaja dari berlaku. Dan perkara paling menarik yang berlaku hari ini adalah apabila Lim Guan Eng mencabar MCA dan Gerakan meninggalkan BN. Apa akan berlaku jika perkara ini berlaku? Tidakkah Cina yang akan perintah negara ini?? Fikir dengan bijak bukan ikut cakap Mahfuz Omar
0 comments:
Post a Comment