Krisis Mesir yang bermandi darah beberapa bulan ini telah menarik perhatian seluruh dunia dan pastinya sentimen ini turut meresapi sanubari masyarakat Islam negara kita yang tentunya marah dan turut sama berkongsi aspirasi bahawa pencabulan demokrasi di Mesir harus dihentikan dan pemerintahan kuasa di negara tebabit perlu dipulangkan semula kepada Presiden yang di pilih oleh rakyat melalui pilihan raya iaitu Presiden Mursi.
Kawan sedikit kecewa walaupun sedia maklum dengan pendekatan dasar luar Malaysia melalui dasar "Tunggu dan Lihat" yang menyebabkan kerajaan menjadi sedikit pasif dan defensif serta hilang arah apabila isu ini dibangkitkan dan dijuarai oleh pembangkang. Tambah mendukacitakan, UMNO melalui sayap-sayapnya juga senyap seribu bahasa takkala PAS menjuarai dan menggunakan sepenuhnya isu ini untuk mendapat liputan sekaligus bermain dengan sentimen rakyat.
Mujur hari ini tampil Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan hujah sebagai Ketua Pemuda dengan mengutuk tindakan ketenteraan oleh Regim as- Sisi dan menyatakan bantahan secara keras terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini sambil menyatakan tindakan ini sudah "Melampau".
Biar apapun kepentingan geostrategik yang hendak di jaga oleh kerajaan, satu kenyataan perlu dikeluarkan bagi menyatakan pendirian kerajaan berkenaan isu ini yang sudah menjadi satu isu kemanusiaan sama seperti di Palestin dan Syria dan sekaligus membendung kegusaran dalam hati masyarakat. Bahagian Penyelidikan di semua agensi kerajaan yang berkaitan dengan geostrategik dan politik harus memberikan maklumat dan syor-syor kepada kerajaan untuk mengambil pendirian dengan hikmah dalam isu ini.
Kawan ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy kerana akhirnya dapat mendatangkan satu pendirian terhadap isu di Mesir ini. Kepada sayap dan anggota UMNO yang lain, takkan semua nak suruh Najib fikir?
p/s: Al- Fatihah buat saudara Sunni kita yang terkorban dek kerakusan regim as-Sisi merekacipta semula Holocaust tapi kali ini membunuh umat Sunni.. Celakalah Zionis Laknatullah!!
0 comments:
Post a Comment