Hishamuddin anak Hussin hari ini dilaporkan oleh portal berita pembangkang, Malaysiakini sebagai menyifatkan orang UMNO masih tidak nampak transformasi yang dilakukan oleh UMNO melalui pimpinan Najib Tun Razak. Kawan tak faham apa yang cuba disampaikan oleh H2O ini. Mungkin beliau yang tidak nampak bahawa golongan muda yang sayang dan cintakan UMNO mahu pemimpin seperti beliau yang gah hanya kerana Atuk dia Pengasas UMNO dan berdarah bangsawan ditolak pada pemilihan kali ini. Kami mahu marhaen yang mengerti jerih payah anak muda lepasan sekolah dan universiti yang baru nak bina kehidupan. Jika ada pun pemimpin bangsawan dia harus seperti Mukhris yang cerdik dan bersih.. sekian..
Hishammuddin: Umno telah lakukan transformasi tapi...
Umno telah melakukan transformasi amat besar dengan memberikan kuasa memilih pemimpin kepada 146,500 anggota di peringkat akar umbi, namun masih ada yang 'tidak melihat' atau memilih untuk 'memejamkan mata', demikian menurut Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata transformasi yang dilakukan parti keramat orang Melayu itu bertujuan untuk memperkasa anggota di peringkat akar umbi, justeru mereka perlu bijak menggunakan kuasa yang diberikan itu.
Katanya, keputusan melaksanakan transformasi sejak tiga tahun lepas itu, bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan ketidaktentuan antaranya perpecahan di kalangan anggota parti, namun ia tetap dilaksanakan.
"Kita beri keupayaan pada semua anggota apakah itu tidak transformasi, adakah itu tidak perubahan, adakah itu tidak pengupayaan dan pemerkasaan ... sememangnya Umno telah melalui transformasi, tetapi kadangkala orang tidak nampak atau perasan semua ini di hadapan batang hidung mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Umno Melaka dan Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Pelanggan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Melaka malam tadi.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, mantan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad.
Sebelum pindaan Perlembagaan Umno pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian Umno.
Pada Oktober, anggota Umno di peringkat bahagian akan memilih pemimpin yang layak memegang jawatan di peringkat bahagian hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi, sayap dan naib presiden.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu Hishammuddin berkata pertandingan di semua peringkat termasuk pertandingan enam penjuru bagi jawatan naib presiden yang dipertahankannya tidak sama sekali menggugat perpaduan anggota Umno seluruh negara.
"Setiap kali ada pemilihan, kita ada pertandingan tetapi Umno tetap kukuh, kalau nak ikut segi kerusi Parlimen dan negeri, kita jauh lebih kuat daripada dahulu," katanya.
Sementara itu, Idris berkata penarikan diri Baddrul Hissham Abdul Aziz daripada pertandingan jawatan ketua Umno bahagian Tangga Batu yang dipertahankannya merupakan bukti kesepakatan anggota Umno di Melaka.
"Saya kenali hati budi beliau (Baddrul Hissham) dan telah berbincang hati ke hati dengan beliau. Semua yang ditimbulkan telah difahami dan diselesaikan dengan baik. Terima kasih atas pengorbanan beliau memberikan laluan untuk saya terus menerajui Umno Bahagian Tangga Batu," katanya.
-Bernama

Very nice blog and post, I found it informative and useful, thank you for kindly share it with us, best regards and take care
ReplyDeleteSandro from Nomes
hello
ReplyDeleteThats a very nice post, i say thank you for share your knowledge with us, very kindly.
Hope to read more nice article around here,
take care
Your follower,
Jack from Roupas de Academia no Brasil. Compre Moda Praia Atacado de Moda Fitness Feminina com estilo, tecnologia, qualidade e os melhores preços do mercado