Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Wednesday, 20 March 2013

SAH!!! Parlimen Dibubar Hari Ini?

Dengan berbekalkan populariti DS Najib yang semakin meningkat selepas membentangkan "report card" sepanjang pentadbiran beliau di media semalam, Perdana Menteri dilihat sudah bersedia dengan segala kekuatan untuk membubarkan dan memenangi PRU 13 dengan bergaya dengan memenuhi majoriti 2/3 kerusi parlimen.




Kenderaan yang membawa beliau dilaporkan memasuki ruang Istana Negara di Jalan Duta bagi menghadap  DYMM Yang Dipertuan Agong awal pagi tadi sekitar jam 7.55 pagi. Foto dirakamkan oleh jurufoto Mohd Yusni Ariffin.

Biar apapun keputusan perbincangannya nanti, kita sebagai rakyat mengharapkan jalan terbaik di ambil oleh Ulul Amri kita demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini. Sebagai rakyat kita akan berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB DS Najib Razak dan Barisan Nasional semata-mata mahukan negara yang aman sejahtera dan Ulul Amri yang tinggi nilai moralnya dan tidak terpalit dengan kemungkaran seperti hubungan sejenis dan perzinaan. Semoga Allah Perliharakan Malaysia bumi bertuah ini.

KITA SOKONG NAJIB RAZAK

0 comments:

Post a Comment