Copyright © Bersatu Berubah !
Design by Dzignine
Friday, 28 June 2013

Hishamuddin Punca Undi Cina "Swing"??

Dahulu ketika di bangku sekolah aku cukup kagumi dan meminati Hishamuddin anak Tun Hussien Onn cucu Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO ini. Dahulu aku fikir jika pemimpin masa hadapan yang boleh ganti Tun Mahathir pastinya adalah Hishamuddin. Tapi selepas Tun Mahathir bersara, sedikit demi sedikit tembelang Hishamuddin ini terdedah. Bermula dengan kritikan pedas dan kurang ajar terhadap Tun Mahahtir (walaupun ketika Tun Mahathir umum nak bersara dialah orang pertama yang menerpa untuk menenangkan Tun) disusuli dengan kegagalannya bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri yang baik ( ISA dimansuhkan pada zaman dia Menteri Dalam Negeri) hingga mendapat gelaran Menteri Amaran dan bermacam lagi kegagalan dia mentadbir setiap Kementerian yang diamanahkan kepadanya (Apa jadi PIPP?, RIMUP? dan sebagainya). Aku jadi pesismis dan semakin jelak dan muak bila ada berita atau perkara yang melibatkan Hishamuddin ini.
Hari ini ahli strategi Parti paling bangsat di Malaysia (DAP) keluarkan kenyataan bahawa antara punca undi cina "Swing" dan mungkin tidak akan kembali kepada BN ialah apabila Hishamuddin ini mencium keris di perhimpunan Agung UMNO pada ketika dia jadi Ketua Pemuda suatu ketika dahulu. Biarpun aku tidak mahu percaya keseluruhan apa yang dicakapkan oleh kaum Ultra-Kiasu ini tapi satu perkara yang jelas aku dapat lihat dari kenyataan ini ialah Hishamuddin ini tidak ubah seperti parasit yang merosakkan UMNO sedikit demi sedikit.Cita-cita besarnya mahu menjadi Perdana Menteri semakin tercapai jika BN terus diketepikan oleh kaum Cina dan peranan yang dimainkan oleh dia di kementerian Pertahanan turut sama (gagal) seperti mana kemeterian lain. 

Kepada Dato' Seri Najib, bertindaklah seperti mana slogan Jom Bertindak yang dilancarkan oleh Dato' Seri ketika PRU lepas. Buang dan kembalikan semula keyakinan pengundi kepada BN. Transformasi bersungguh-sungguh demi kelangsungan UMNO. Buanglah parasit yang merosakan apatah lagi melantik parasit untuk ketuai dua kementerian... 


1 comments:

  1. Cium keris lebih baik dari dipaksa cium bontot.......
    Amaran, amaran, amaran....

    ReplyDelete